- See more at: http://www.microcyber.net/2014/12/5-script-untuk-blog-agar-lebih-seo.html?m=0#sthash.m8OKWOhx.dpuf

SWEET MUSLIMAH

SweetMuslimah.com

Digital clock - DWR

Search

Translate

Showing posts with label BUAH-BUAHAN. Show all posts
Showing posts with label BUAH-BUAHAN. Show all posts

Wednesday, 10 August 2016

MANFAAT KISMIS

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.





Kandungan Nutrisi dalam Kismis:

1. Magnesium : baik untuk sistem saraf , fungsi otot dan penukaran gula kepada tenaga.

2. Kalsium dan Fosforus : membina tulang dan Gigi yang baik.

3. Serat : membantu melancarkan sistem pencernaan manusia.

4. Boron : meningkatkan tahap penumpuan , koordinasi tangan dan mata ,  memori dan membantu mengekalkan fungsi mineral penting.

5. Fruktosa / Glukosa : dapat membantu penghadaman dengan cepat untuk memberikan tenaga segera.

6. Riboflavin : membantu dalam pelepasan tenaga untuk sel-sel badan dan membolehkan pemecahan lemak di dalam badan.

7. Folat : membentuk sel-sel darah merah dan penting dalam peredaran darah ke seluruh tubuh.

8. Vitamin K : diperlukan untuk pembekuan darah yang normal dan sintesis protein yang terdapat dalam plasma , tulang dan buah pinggang.

9. Vitamin B : mencegah pengekalan air dan membolehkan penukaran korbohidrat kepada tenaga.

10. Vitamin C : penting untuk pembentukan kolagen dan penyerapan zat besi ke dalam badan.

11. Kalium : mengoptimum kadar denyutan jantung supaya sentiasa normal dan mengekalkan tekanan darah.

12. Zat Besi  : membantu pembinaan sel-sel darah merah dan tisu-tisu badan yang rosak.








MANFAAT KISMIS

1. Melawan bakteria di dalam mulut yang menyebabkan pereputan gigi.

2. Membantu merawat penyakit anemia.

3. Membantu merawat masalah pelupa.

4. Membantu mengurangkan tekanan emosi atau stress.

5. Membantu menerangkan hati.

6. Melindungi hati.




Sekian.
Terima kasih.